Monday, May 17, 2010

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS
DAN
HARI TERBUKA SK SRI MAULANA
2010



Tarikh :
12 Mei 2010 (Rabu)

Masa :
8.00 pagi - 12.30 tghr

Tempat :
SK Sri Maulana, Pekan

Dirasmikan Oleh:
Tuan Haji Idris Bin Ismail,
Timbalan Pengarah Cawangan
Program Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia



Memulakan kerja-kerja di gerai jualan dan pameran Pendidikan Khas Integrasi (PKI) SK Sri Maulana.


Murid pendidikan khas mula mengupas pisang untuk membuat kerepek.


Gerai roti canai percuma mula dibuka dan mendapat sambutan hangat daripada tetamu. Sebanyak 200 keping roti ditebar pada hari tersebut.


Puan Habibah, Puan Sarimah dan Puan Nor Aziah dari Unit Pendidikan Khas, JPNP turut hadir memeriahkan majlis.


Sabar menanti ketibaan tetamu kehormat.


Menikmati roti canai dan minuman panas di pagi hari.


Guru Besar, Encik Basri sedang beramah-mesra dengan YH Dato' Rahim sementara menenti ketibaan Tuan Haji Idris.


Tuan Haji Murat menyambut ketibaan Tuan Haji Idris.


Guru Besar mengiringi Tuan Haji Idris ke dewan terbuka.


Antara tetamu yang hadir ke majlis ini.


Ucapan Guru Besar, Encik Basri Bin Mohd Zahiri. Beliau menerangkan serba sedikit berkaitan kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh sekolah ini.


Ucapan dari YH Dato' Rahim Bin Bakar, Pemangku Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SK Sri Maulana. Beliau yang berasal dari Kampung Pulau Jawa mengimbau kembali kenangan ketika bersekolah di sini satu masa dahulu. Beliau turut kagum di atas perubahan dan kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah ini.


Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Idris Bin Ismail, Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Penyerahan replika cek Elaun Murid Khas yang berjumlah RM57,500.


Pasukan tarian pendidikan khas bergaya dengan cermin mata hitam ala-ala 60an sambil diiringi lagu Bunyi Gitar (P. Ramlee).


Sungguh lincah murid pendidikan khas ini menari sambil diiringi lagu Bunyi Gitar.


Persembahan tarian Desa Tercinta oleh murid-murid PKI SK Sri Maulana.


Pasukan tarian sekolah mempersembahkan Tarian Zapin dan Joget Pahang.


Persembahan lagu sekolah yang begitu bersemangat daripada Pasukan Koir SKSM.


Tuan Haji Idris menerima cenderahati yang disampaikan oleh Guru Besar, Encik Basri.


Cenderahati buah-buahan dan sayur-sayuran hasil tanaman di sekolah turut diberikan kepada Tuan Haji Idris.


Guru Besar menyampaikan cenderahati yang berupa bingkai batik canting yang dihasilkan oleh guru pendidikan khas SK Sri Maulana.


Tuan Haji Murat menyampaikan cenderahati daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP).


Guru Besar mengiringi Tuan Haji Idris, Tuan Haji Murat dan YH Dato' Rahim memulakan lawatan ke sekeliling kawasan sekolah.


Tuan Haji Idris berjalan menuju ke pondok yang terletak di tepi kolam ikan.


Guru Besar, Encik Basri memberi sedikit penerangan berkaitan pondok. Pondok ini telah dibina secara bergotong-royong oleh guru-guru SK Sri Maulana.


Para tetamu berehat di pondok sambil menikmati air tebu.


Tuan Haji Idris dan Encik Yahaya (PPD Pekan) sedang memerhatikan ikan patin, lampam dan tilapia yang diternak di dalam kolam.


Rehat seketika menikmati air tebu segar yang ditanam di sekeliling kawasan sekolah.


Melawat ke sekitar kawasan penternakan itik penelur.


Meletakkan papan tanda setelah selesai menanam pokok mempelam.


Melawat kolam ternakan ikan keli.


Tuan Haji Idris menunjukkan timun yang baru dipetik oleh beliau.


Tuan Haji Idris tidak melepaskan peluang memetik sendiri petola segar.


Cikgu Zuhari memberi penerangan berkaitan tanaman petola kepada para jemputan.


Memetik kacang panjang di kebun.


Melawat bangunan yang menempatkan kelas-kelas Pendidikan Khas Integrasi (PKI).


Tuan Haji Idris memerhatikan salah satu spesies ikan hiasan yang dipelihara di Aquaria SK Sri Maulana.


Murid-murid PKI SK Sri Maulana menunjukkan bakat mencanting dan mewarnakan batik.


Puan Aini Diana (ketua projek batik canting) sangat gembira apabila Tuan Haji Idris sudi mewarnakan corak batik rekaannya.


Tuan Haji menunjukkan bakat mewarnakan batik canting.


Tuan Haji Idris merupakan pelawat pertama yang menandatangani buku pelawat Sudut Warisan SK Sri Maulana.


Meletakkan bancuhan simen ke dinding surau yang baru dibina.


Tuan Haji Idris memerhatikan murid-murid PKI SK Pahang Tua mengadun tepung untuk membuat muffin.


Nurul Atiqah (ketua projek kerepek pisang) sedang tekun menggoreng.


Hati-hati dik! Minyak panas tu...


"Mari...mari...! Mari beli kerepek Sri Maulana...Dijamin enak dan rangup..!" Mungkin ayat ini digunakan oleh murid-murid ini untuk melariskan jualan kerepek mereka.


Tuan Haji Idris melawat gerai jualan kerepek pisang yang diusahakan oleh murid-murid pendidikan khas SK Sri Maulana. Pisang yang digunakan untuk membuat kerepek ini adalah hasil tanaman pokok pisang yang diusahakan di kawasan sekolah.


Tuan Haji Idris menandatangani buku pelawat di gerai pameran
PKI SK Sri Biram.



Melawat tanaman padi jenis MR219 yang hidup subur dan dijangka boleh dituai pada penghujung Jun 2010.



Tuan Haji Idris beramah-mesra dengan guru-guru sebelum berangkat pulang.

Dari Pekan hendak ke Runchang,
Minum kopi panas di waktu pagi,
Kalau ada umur yang panjang,
Sudilah Tuan berkunjung lagi.



Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana