Saturday, July 24, 2010

PROGRAM REKREASI LUAR PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Pada 15 Julai lalu, warga pendidikan khas integrasi SK Sri Maulana telah menjalani Program Rekreasi Luar di Kuantan, Pahang. Seramai 35 orang murid, 3 pembantu pengurusan murid & 10 guru menyertai program ini.

Peserta program bertolak ke Kuantan menaiki bas RAESB pada jam 9 pagi. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pada jam 10 pagi, kumpulan pertama menaiki Kuantan Rivercruise. Sepanjang menyusuri Sungai Kuantan ini, kami menyaksikan pemandangan yang sungguh indah. Persisiran bandar Kuantan, perkampungan nelayan, dan jeti pendaratan ikan adalah senario utama di tepi sungai ini. Para peserta terutamanya murid-murid sungguh teruja kerana kebanyakan daripada mereka pertama kali menaiki bot Kuantan Rivercruise ini.

Jam 11 pagi, giliran kumpulan kedua pula menyusuri Sungai Kuantan. Sementara kumpulan pertama bersiar-siar dan menjamu selera di Taman Esplanade Kuantan. Aktiviti seterusnya ialah membeli-belah di Pasaraya Giant. Setiap kumpulan murid dibimbing oleh guru untuk memilih barangan dan membuat pembayaran. Setelah selesai membeli-belah, kami menjamu selera di medan selera pasaraya tersebut
Sabar menunggu ketibaan bas RAESB yang akan membawa peserta ke Kuantan.


Para peserta tiba di jeti Kuantan Rivercruise. Kelihatan Cikgu Rahah diiringi oleh dua 'anak angkatnya'.


Aspek keselamatan tetap diutamakan.

Peserta kumpulan pertama bersiap sedia menaiki bot Kuantan Rivercruise.


Sedap tak nasi lemak yg cikgu belikan.

Menikmati pemandangan indah persisiran Sungai Kuantan.


Tembak apa tu?


Bergambar kenangan di tepi jeti Sungai Kuantan.

Melompat kegembiraan apabila melihat bot yang dinaiki peserta kumpulan pertama hampir tiba di jeti.

Bot Kuantan Rivercruise yang dinaiki oleh peserta kumpulan pertama selamat tiba semula di jeti.


Peserta dari kumpulan pertama naik ke jeti setelah selesai menyusuri Sungai Kuantan.

Cikgu Zely sedang memastikan semua murid memakai jaket keselamatan dengan betul.

Peserta kumpulan dua masing-masing sudah bersedia untuk menyusuri Sungai Kuantan.

Jeti pendaratan ikan LKIM di Kamunting.


Farhan gembira menaiki bot & menunjukkan isyarat 'peace'.

Perkampungan Nelayan di Tanjung Lumpur.

Cikgu Zely sempat melayan blues sambil memerhatikan keselamatan murid-murid dalam bot.

Suasana di dalam bot Kuantan Rivercruise. Pemandu bot sedang menceritakan asal-usul & sejarah bandar Kuantan.

Cikgu Iskandar & Cikgu Zuhari mengawasi murid-murid turun dari bot.


Peserta bergambar kenangan sebelum bertolak ke Pasaraya Giant.

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana