Friday, February 25, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


SK Sri Maulana telah mengadakan program Sambutan Maulidur Rasul 1432H pada 25 Februari 2011. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SK Sri Maulana, Komuniti Bestari Kg Pulau Jawa dan Masjid Al-Ehsan Kg Pulau Jawa.

Pengisian bagi program ini ialah:
1. Sesi berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
2.Perarakan bermula dari SK Sri Maulana ke Masjid Al-Ehsan Kg Pulau Jawa
3.Ceramah Maulidur Rasul (Penceramah : Ustaz Zaidi dari Pejabat Pelajaran Pekan)




Murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Perarakan dimulakan oleh murid-murid pra sekolah.


Peserta berarak melalui kawasan luar sekolah.


Berarak membawa sepanduk sambil berselawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W


Peserta berarak melalui kawasan kampung.


Guru-guru mengawasi murid semasa perarakan.


Para peserta melintasi simpang jalan utama Kampung Pulau Jawa menuju ke masjid.



Peserta perarakan telah tiba dan berkumpul di luar masjid.



Para jemputan yang hadir mengambil tempat sebelum ceramah dimulakan.


Ucapan alu-aluan dari Tuan Syed Mohamad (YDP PIBG).


Ustaz Zaidi dari PPD Pekan memberi ceramah sempena Maulidur Rasul.


Guru dan murid sedang kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zaidi.

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana