Monday, May 16, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011



Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan begitu meriah sekali pada 16 Mei yang lalu. Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'. Pebagai acara telah dijalankan iaitu:

1. Nyanyian lagu tema
2. Penyerahan hadiah murid-murid kepada guru
3. Perlawanan bola sepak (guru lawan murid lelaki)
4. Perlawanan bola baling (guru lawan murid perempuan)
5. Sukaneka
6. Penyerahan kek sumbangan Bank Rakyat
6. Pertukaran hadiah dan hamper sesama guru dan kakitangan

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Guru pada kali ini.

Kalau ada tanah yang lapang,
Boleh kita tanam bendi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan kita buat lagi.


Barisan guru-guru SK Sri Maulana sesi 2011.


Guru-guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dengan penuh semangat.


Wakil murid menyampaikan ucapan.


Cikgu Aini & Cikgu Nani tersenyum keriangan setelah mendapat banyak hadiah daripada
murid-murid.


Pasukan bola sepak guru & kakitangan lelaki bergambar kenangan ala-ala samseng
Kampung Dusun sebelum perlawanan dimulakan.


Pak Rani masih bertenaga main bola sepak mengalahkan orang muda.


Rembatan padu daripada Cikgu Zely sehinggakan kasut yang dipakainya melayang ke udara.


Nak main bola sepak ke nak berkungfu?


Cikgu Rosbi merembat bola ke arah pintu gol sambil murid-murid cuba menghalang bola tersebut.


Murid berjaya merampas bola daripada guru.


Kejar jangan tak kejar!


Bersemangat sungguh cikgu-cikgu bermain bola baling.


Guru-guru bersedia untuk memulakan acara sukaneka.


Acara mengisi air dalam botol.


Acara bowling menggunakan buah kelapa.


Acara menyambut belon yang berisi air.


Kek 4 tingkat sempena Hari Guru 2011.


Wajah-wajah ceria guru-guru dan kakitangan SKSM.


Guru Besar, Encik Basri memotong kek Selamat Hari Guru.


Persembahan dari murid-murid tahap 1.


Encik Mohd Khair menyanyikan lagu Cinta Kristal (Rahim Maarof).


Cikgu Azaimi mendeklamasikan sajak kaya Usman Awang yang bertajuk 'Guru Oh Guru' dengan penuh penghayatan.


Nyanyi lagu ape tu cikgu?


Wakil dari Bank Rakyat cawangan Pekan menyampaikan sumbangan kek Selamat Hari Guru.


Puan Azmie bersama hadiah dan hamper yang dimenangi.


Cikgu Amir tersenyum keriangan mendapat hadiah bersaiz besar.


Wakil dr AJK PIBG menyampaikan cenderamata kepada guru-guru.

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana