Sunday, June 26, 2011

KEM MOTIVASI & PROGRAM INSAN CEMERLANG (PROMIC) 2011


Program Insan Cemerlang adalah program yang diadakan khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program ini diadakan dalam bentuk kem motivasi di mana murid-murid tinggal dan bermalam di dalam khemah di sekolah. Pelbagai pengisian dan aktiviti diadakan dalam masa 3 hari 2 malam (24 Jun hingga 26 Jun) program ini berlangsung.

Antara program yang dijalankan ialah:
1. Sesi ice-breaking dan pupuk semangat
2. Senamrobik dan riadah
3. Bengkel teknik menjawab soalan (subjek UPSR)
4. Bacaan yassin
5. Solat jemaah dan solat hajat
6. Ceramah motivasi dan keibubapaan
7. Perbincangan antara ibu bapa, guru dan murid (bagaimana untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam UPSR)

Terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.



Murid lelaki telah selesai memasang khemah masing-masing.


Aktiviti memasang khemah.


Murid bersedia untuk aktiviti seterusnya setelah selesai memasang khemah.


Bengkel menjawab soalan yang dikendalikan oleh guru jemputan.


Sesi perbincangan teknik-teknik menjawab soalan.


Badan sihat, otak cergas!


Bengkel teknik menjawab soalan yg diadakan pada sesi malam.


Murid bersama ibu bapa masing2 tekun mendengar amanat yang disampaikan oleh penceramah.

Penceramah jemputan sedang memberi ceramah motivasi dan keibubapaan.


Guru-guru dan ibu bapa sedang mendengar ceramah motivasi dari penceramah jemputan.


Guru-guru menunggu ibu bapa murid tahun 6 mengambil keputusan peperiksaan dan menandatangani buku rekod profil.

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana