Monday, July 25, 2011

PERCUBAAN UPSR 2011


Peperiksaan Percubaan UPSR telah dijalankan pada 19-21 Julai 2011. Seramai 41 orang calon terlibat dalam peperiksaan tahun ini. Seramai 10 murid telah mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A. Manakala 6 murid mendapat 4A 1B dan 2 murid mendapat 3A 2B.

Pihak sekolah berbangga kerana SK Sri Maulana mendapat tempat ke-5 dalam senarai ranking sekolah-sekolah daerah Pekan dalam Percubaan UPSR. Semoga keputusan cemerlang ini akan dikekalkan dan dipertingkatkan dalam peperiksaan UPSR nanti.

Berikut adalah ringkasan keputusan dan calon-calon cemerlang UPSR 2011.






Friday, July 15, 2011

PROGRAM TERAPI PASIR (PENDIDIKAN KHAS)

Pada 13 Julai 2011, seramai 35 orang murid dan 10 guru Pendidikan Khas bersama-sama menjalani aktiviti Terapi Pasir di Pantai Sepat, Kuantan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membina istana pasir dan menghasilkan kolaj. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru.

Terapi pasir merupakan satu bentuk latihan yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.

Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks.Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.


Cikgu Mahadi memberi taklimat berkaitan keselamatan sebelum memulakan aktiviti.


Murid-murid berjalan menuju ke kawasan pantai.


Murid melakukan terapi lokomotor halus dengan bermain pasir pantai yang halus.


Regangan tangan sebelum memulakan aktiviti membina istana pasir.


Murid sedang tekun membina istana pasir menggunakan pelbagai peralatan yang dibawa.






Istana pasir yang dihasilkan oleh murid-murid mengikut kumpulan masing-masing.


Kita makan dulu!


Murid sedang bekerjasama menghasilkan kolaj menggunakan bahan-bahan
yang terdapat di sekitar pantai.



Kolaj yang dihasilkan oleh murid-murid mengikut kumpulan dan kreativiti masing-masing.




Murid bergambar dengan kolaj yang dihasilkan.


Penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana