Monday, September 12, 2011

MAJLIS RESTU ILMU & JAMUAN RAYA


Tarikh : 10 September 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka SKSM

Pengisian Program:
1. Bacaan Yassin & Doa Selamat
2. Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang Percubaan UPSR
3. Penyampaian sumbangan alatulis kepada murid UPSR
4. Sesi bermaaf-maafan dan restu ilmu antara guru dan murid
5. Jamuan raya


Guru Besar menyampaikan amanat kepada murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.


Guru Besar, Encik Basri bin Mohd Zahiri menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang yang memperolehi 5A dalam Percubaan UPSR.


Encik Ahmad Nori (NYDP PIBG) menyampaikan sumbangan alatulis kepada semua murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.



Murid-murid tahun 6 bersalam-salaman dengan guru bagi meminta restu sebelum menghadapi UPSR.


YDP PIBG (berbaju putih) turut hadir walaupun beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas dan komitmen lain.


AJK PIBG turut hadir memeriahkan majlis.


"Kuih dan muih beraneka macam...makanlah jangan hanya dipandang"


Gelagat murid sementara menunggu juadah disediakan dan diedarkan kepada mereka.


Murid-murid memilih kuih raya.


Guru-guru menikmati juadah raya yang disediakan.


Wakil dari PSKPP SKSM menyampaikan cenderahati kepada Encik Azaimi yang bertukar ke
SK Runchang.


Murid-murid mengucapkan tahniah kepada Encik Azaimi kerana telah dinaikkan pangkat menjadi GPK Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Runchang.

********** Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. **********

Dari Pekan hendak ke Runchang,
Singgah sebentar minum kopi.
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan kita buat lagi.

Tuesday, September 6, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

Assalamulaikum WBT, Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2011 (13-15 September) kepada semua pelajar Tahun 6, SK Sri Maulana. Semoga usaha anda selama ini membuahkan hasil yang cemerlang.

Tips Menghilangkan Rasa Gementar Dalam Peperiksaan

Di antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan perasaan bimbang dan takut di dalam menghadapi peperiksaan ialah :

1. Sembahyang lima waktu sehari semalam.
2. Membaca Surah al-Fatihah setiap hari.
3. Banyakkan bersalawat ke atas Nabi.
4. Banyakkan berdoa.

Selain itu, pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta ibu bapa pelajar hendaklah sentiasa membaca Surah Yasin dan menunaikan solat hajat dua rakaat memohon agar Allah SWT memudahkan serta memberi bantuan ketika menjalani peperiksaan.






Kami guru-guru, kakitangan dan seluruh warga SK Sri Maulana sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Adik-adik, Insya-Allah boleh!

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana