Friday, February 1, 2013

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN 2013

       Pada 21hb. Januari 2013 yang lalu, satu Majlis Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2013 telah diadakan di SK Sri Maulana. Ahli Dewan Undangan Negeri   (ADUN) Peramu Jaya En. Ibrahim bin Awang Ismail selaku wakil Kerajaan Persekutuan telah sudi hadir untuk menyampaikan peruntukan tersebut kepada ibu bapa yang hadir. Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah Pn. Hjh. Fauziah binti Hj Samsudin (Guru Besar). Pemimpin masyarakat setempat turut sama hadir iaitu Tn. Hj. Yusoff bin Idrus (Ketua Kampung Pulau Jawa), Tn. Hj. Mohd Rapi bin Abd Rafar (Ketua Kampung Kelat Rendang) dan Tn. Hj. Abdul Jamil bin Hassan (Ketua Kampung Pulau Tambun) . 

      Majlis dimulakan jam 2.30 petang bertempat di dewan terbuka sekolah dan berjalan dengan baik. Sesungguhnya bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibu bapa dalam menanggung kos persekolahan anak-anak mereka. Ibu bapa yang hadir menyatakan kesyukuran dan terima kasih kepada kerajaan pusat dan berharap bantuan persekolahan ini akan diteruskan lagi pada tahun akan datang.










 














 Jangan dibuang syiling lama,
Buat belanja di kedai nyonya,
Bantuan persekolahan telah diterima,
Harap gunakan dengan sebaiknya.


Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana