
Monday, December 6, 2010
SK SRI MAULANA - JOHAN PERTANDINGAN KITCHEN GARDEN / EDIBLE LANDSCAPE 2010

Friday, November 19, 2010
KEPUTUSAN UPSR 2010



Murid cemerlang 5A UPSR 2010
Barisan hadapan dari kiri: Mohd Nasrullah bin Fazeli, Mohammad Andri Oktovia bin Dri Harjo, Nurl Ain Farhana binti Zulkepli, Nina Aireen binti Abdullah, Norain Atiqah binti Zainal Abidin.
Barisan belakang dari kiri: Nurul Izzetie Haryani binti Zakaria, Maysha Azreena binti Mohd Azmi, Nurul Najwa binti Mohd Nazri, Wan Ainur Husna binti Wan Ibrahim, Nurkhairiah binti Zamri.
Barisan hadapan dari kiri: Mohd Nasrullah bin Fazeli, Mohammad Andri Oktovia bin Dri Harjo, Nurl Ain Farhana binti Zulkepli, Nina Aireen binti Abdullah, Norain Atiqah binti Zainal Abidin.
Barisan belakang dari kiri: Nurul Izzetie Haryani binti Zakaria, Maysha Azreena binti Mohd Azmi, Nurul Najwa binti Mohd Nazri, Wan Ainur Husna binti Wan Ibrahim, Nurkhairiah binti Zamri.
Thursday, October 28, 2010
PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KITCHEN GARDEN & EDIBLE LANDSCAPE PERINGKAT KEBANGSAAN
SK Sri Maulana telah sekali lagi menjadi johan Pertandingan Kitchen Garden / Edible Landscape peringkat negeri Pahang dalam kategori sekolah rendah. Sehubungan itu, SK Sri Maulana mewakili negeri Pahang dalam pertandingan tersebut ke peringkat kebangsaan.
Pada 27 Oktober 2010, para juri pertandingan ini telah hadir untuk membuat penilaian.
Para juri terdiri daripada gabungan pegawai Jabatan Lanskap Negara, Jabatan Pertanian, FAMA dan Majlis Perbandaran Selayang. Mereka bertanggungjawab membuat penilaian dan memberi markah terhadap komponen kitchen garden & edible landscape yang terdapat di sekolah ini.
Pihak sekolah menaruh harapan tinggi untuk sekali lagi menjadi Johan Pertandingan Kitchen Garden / Edible Landscape peringkat kebangsaan pada tahun ini. Berkat usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, kami yakin kami boleh!


Guru menyediakan minuman untuk menyambut ketibaan juri dan tetamu.


Wednesday, August 4, 2010
LAWATAN DARI WARGA PENDIDIKAN KHAS SK SEKARA, MARAN
Pada 28 Julai yang lalu, SK Sri Maulana sekali lagi menerima pelawat dari luar. Kali ni, warga Pendidikan Khas Integrasi (PKI) SK Sekara, Maran menjadi tetamu kami. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melawat projek-projek di SK Sri Maulana. Warga PKI SK Sekara yang menyertai lawatan ini terdiri daripada 5 orang guru, 2 pembantu pengurusan murid dan 8 orang murid.


Guru-guru SK Sekara pula kagum dan mengucapkan tahniah di atas kerjasama guru-guru SK Sri Maulana kerana berjaya menyiapkan sendiri pondok ini.



Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
About Me

- Sekolah Kebangsaan Sri Maulana
- Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana