Friday, March 1, 2013

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL

               Tanggal 1 Mac 2013, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Kecil Sesi 2013 bertempat di dewan terbuka. Seramai 120 org murid terlibat menerima watikah perlantikan sebagai pemimpin kecil ini. Mereka terdiri daripada:
               i) Pengawas Sekolah
              ii) Pengawas Pusat Sumber
             iii) Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
      
               Pihak sekolah merakam ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Sarjan Ridhuan bin Kasah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan kerana sudi hadir merasmikan dan seterusnya menyampaikan watikah perlantikan kepada semua pemimpin-pemimpin kecil. Turut hadir ialah Koperal Abdullah bin Awang selaku Pegawai Perhubungan Awam sekolah.




























Pecah kaca pecah gelas,
Banyak tugas perlu digalas,

Pulau Tambun Pulau Jawa,
Jadilah pemimpin yang berwibawa.

Burung kuang burung helang,
Pemimpin cemerlang, sekolah terbilang.

Friday, February 1, 2013

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN 2013

       Pada 21hb. Januari 2013 yang lalu, satu Majlis Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2013 telah diadakan di SK Sri Maulana. Ahli Dewan Undangan Negeri   (ADUN) Peramu Jaya En. Ibrahim bin Awang Ismail selaku wakil Kerajaan Persekutuan telah sudi hadir untuk menyampaikan peruntukan tersebut kepada ibu bapa yang hadir. Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah Pn. Hjh. Fauziah binti Hj Samsudin (Guru Besar). Pemimpin masyarakat setempat turut sama hadir iaitu Tn. Hj. Yusoff bin Idrus (Ketua Kampung Pulau Jawa), Tn. Hj. Mohd Rapi bin Abd Rafar (Ketua Kampung Kelat Rendang) dan Tn. Hj. Abdul Jamil bin Hassan (Ketua Kampung Pulau Tambun) . 

      Majlis dimulakan jam 2.30 petang bertempat di dewan terbuka sekolah dan berjalan dengan baik. Sesungguhnya bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibu bapa dalam menanggung kos persekolahan anak-anak mereka. Ibu bapa yang hadir menyatakan kesyukuran dan terima kasih kepada kerajaan pusat dan berharap bantuan persekolahan ini akan diteruskan lagi pada tahun akan datang.










 














 Jangan dibuang syiling lama,
Buat belanja di kedai nyonya,
Bantuan persekolahan telah diterima,
Harap gunakan dengan sebaiknya.


Tuesday, January 1, 2013

HARI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI MURID TAHUN SATU & PRA SEKOLAH SESI 2013

                                  Tarikh   : 28 Disember 2012 (Jumaat)
                       Masa    : 8.00 pagi
                       Tempat : Dewan Terbuka SK Sri Maulana

Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar (formal) di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.

Hari Orientasi ini juga membolehkan murid-murid dan ibu bapa berkenalan dengan guru kelas dan guru-guru yang bertanggungjawab mendidik anak mereka. Di samping itu, murid-murid juga akan mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah. Selain dari itu ibubapa turut diberikan taklimat berkaitan sesi persekolahan yang disampaikan oleh Guru Besar, Puan Hajah Fauziah binti Hj Samsudin.
 




















Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal 
Hormat guru tekun belajar


\

 Gelagat murid baru di sekolah...

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana