Saturday, October 20, 2012

KARNIVAL SUKANEKA & FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH PEKAN


SK Sri Maulana telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Sukaneka & Futsal Pendidikan Khas Daerah Pekan pada tahun ini. Karnival ini berlangsung pada Khamis (18 Oktober 2012) dengan meriah dengan penyertaan 18 buah sekolah dalam daerah Pekan. 

Bagi sukaneka,  18 sekolah menyertainya berbagai-bagai acara yang dipertandingkan. Manakala 10 sekolah menyertai futsal yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Perlawanan akhir futsal menemukan tuan rumah, SK Sri Maulana dan SK Seri Terentang. Perlawanan akhir dimenangi oleh SK Seri Terentang.



 Para peserta bersedia menunggu acara sukaneka dimulakan.


 Baling betul-betul dik...biar masuk dalam bakul....


 Lompat jangan tak lompat....


Gelagat guru-guru memberi arahan kepada anak didik masing-masing.


Acara menggelecek bola hoki dan skipping.


 Jurulatih memberi arahan taktikal kepada pemain sebelum memasuki padang.


Aksi-aksi dan gelagat pemain di tengah padang.


Pengadil dan para pemain bergambar sebelum perlawanan akhir dimulakan.


Aksi-aksi perlawanan akhir yang menemukan SK Sri Maulana dan SK Seri Terentang.


Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati.

Datang ke sini kita bersukan,
Kalah dan menang adat pertandingan,
Terima kasih kami ucapkan,
Apa yang kurang harap dimaafkan.



Saturday, September 15, 2012

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012

 Jamuan Haya Aidilfitri telah diadakan pada tanggal 14 September 2012 bertempat di dataran perhimpunan dan dewan terbuka SK Sri Maulana. Jamuan kali ini diadakan lewat iaitu selepas murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR.


 Guru Besar dan barisan guru lelaki SK Sri Maulana.


Guru-guru cantik bergaya dengan baju raya masing-masing.


Geng baju raya bertemakan warna kelabu.


Beraneka jenih kuih yang dibawa oleh murid-murid sedia untuk dinikmati.


Murid beratur mengambil minuman yang disediakan.


Makan jangan tak makan....


Yang DiPertua PIBG (berbaju putih) dan beberapa AJK PIBG turut hadir menikmati jamuan hari raya.


Juadah yang amat menyelerakan.


Persembahan nyanyian lagu raya daripada murid-murid Tahun 4.


Pergi ke Pekan di malam hari,
Pergi membeli sayur dan ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (Ikhlas daripada seluruh warga SK Sri Maulana)



Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

 Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.

 Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.



Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA


Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui pembabitan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada hari Selasa, 10 Julai 2012. SK Sri Maulana turut tidak ketinggalan menyertai program ini yang diadakan di dataran perhimpunan.

Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara bermula pada pukul 8.00 pagi. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah. 

Pada majlis pelancaran program Senamrobik 1Murid 1Sukan peringakt sekolah, satu gimik pelancaran diadakan iaitu hantaran bola dan menjaringkan gol bola jaring dilakukan oleh guru besar, Puan Hajah Fauziah binti Hj Samsudin. 


Banner acara.


 Ucapan guru besar, Puan Hajah Fauziah binti Hj Samsudin.



Gimik pelancaran dengan melakukan hantaran dan menjaringkan gol bola jaring.


Jurulatih senamrobik memberi arahan memulakan acara senamrobik.


Murid kelihatan bersemangat melakukan senamrobik.


Seluruh warga SKSM menyertai acara senamrobik di pagi yang indah dan damai.


 Juruteknik komputer, Encik Khair turut tidak ketinggalan menyertai senamrobik.


Gelagat murid sewaktu melakukan senamrobik.


Penyampaian cenderahati kepada jurulatih senamrobik.









Friday, June 29, 2012

PROJEK PEND. KHAS INTEGRASI - MEMBUAT JERUK & TELUR MASIN

Projek membuat telur masin dan jeruk buah-buahan ini merupakan salah satu amali dalam subjek Sains & Alam Sekitar. Guru yang bertanggungjawab mengendalikan projek ini ialah Encik Zely. Projek ini termasuk dalam topik Pengawetan Makanan. Sebahagian daripada buah-buahan yang dibuat jeruk diperolehi daripada pokok buah-buahan yang ditanam di sekitar kawasan sekolah ini.


Murid mengupas kulit buah-buahan.


Memotong buah-buahan menjadi kepingan kecil.


Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat jeruk buah-buahan.


Membancuh larutan air gula.


Menambahkan sedikit cuka ke dalam larutan gula dan buah.


Jeruk-jeruk disimpan dalam bekas yang ditutup rapat.


Jeruk buah-buahan dan telur masin yang dihasilkan oleh murid-murid.

Wednesday, May 16, 2012

SAMBUTAN HARI GURU

 Tarikh: 16 Mei 2012
Tempat: Dewan Terbuka & Dataran Perhimpunan SKSM
Masa: 8.00pagi - 12.30 tengahari
Tema: Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara

Pengisian:
                                         1. Ucapan Guru Besar
                                         2. Bacaan perutusan Hari Guru 2012
                                         3. Nyanyian & Ikrar oleh guru-guru
                                         4. Persembahan nyanyian & lakonan 
                                         5. Anugerah Guru Paling Bergaya
                                         6. Penyampaian cenderahati & pertukaran hadiah
                                         7. Jamuan makan tengahari


Ucapan daripada Guru Besar, Puan Hajah Fauziah binti Haji Samsudin.


Hadiah-hadiah yang akan diberi kepada guru-guru dan kakitangan dalam acara pertukaran hadiah.


Acara sukaneka yang melibatkan guru-guru dan murid-murid.


Acara rebut kerusi yang dimenangi oleh Puan Aini Norbaya.


Persembahan oleh murid-murid tahap 1.


Persembahan lakonan oleh murid-murid tahun 6.


Penerima hadiah Anugarah Guru Paling Bergaya tahun 2012.


Acara pertukaran hadiah.


Guru-guru bersama hadiah yang diterima dalam sesi pertukaran hadiah sesama guru-guru dan kakitangan.


Guru-guru wanita bergambar kenangan.









Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana