Wednesday, October 19, 2011

MAJLIS PENYERAHAN AL-QURAN DIGITAL


MAJLIS PENYERAHAN AL-QURAN DIGITAL

BAGI PROGRAM INTERVENSI & PEMANTAPAN

PEMBELAJARAN AL-QURAN

SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PEKAN


TARIKH:

18 OKTOBER 2011 (SELASA)


TEMPAT:

DEWAN SK SRI MAULANA


DISEMPURNAKAN OLEH:

YH. DATO' HJ. AZMAD AZMEY BIN HJ. ABU TALIB

DIMP.,AAP.,AMP.,AMN





Para tetamu mengambil tempat sebelum majlis dimulakan.




Ucapan dari En. Mohamad Zailani bin Mohamad Said
(Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan)






Ucapan daripada YH. Dato' Hj. Ahmad Azmey.





Penyerahan Al-Quran digital kepada guru besar sekolah-sekolah daerah Pekan.



Ketua Kampung Pulau Jawa, Tuan Hj. Yusof menerima Al-Quran digital bagi pihak SK Sri Maulana.



Penyerahan cenderahati pihak sekolah kepada YH. Dato' Hj. Ahmad Azmey.



Penerangan dan demonstrasi cara-cara menggunakan Al-Quran digital.



Jamuan makan tengahari.




























Monday, September 12, 2011

MAJLIS RESTU ILMU & JAMUAN RAYA


Tarikh : 10 September 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka SKSM

Pengisian Program:
1. Bacaan Yassin & Doa Selamat
2. Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang Percubaan UPSR
3. Penyampaian sumbangan alatulis kepada murid UPSR
4. Sesi bermaaf-maafan dan restu ilmu antara guru dan murid
5. Jamuan raya


Guru Besar menyampaikan amanat kepada murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.


Guru Besar, Encik Basri bin Mohd Zahiri menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang yang memperolehi 5A dalam Percubaan UPSR.


Encik Ahmad Nori (NYDP PIBG) menyampaikan sumbangan alatulis kepada semua murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.



Murid-murid tahun 6 bersalam-salaman dengan guru bagi meminta restu sebelum menghadapi UPSR.


YDP PIBG (berbaju putih) turut hadir walaupun beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas dan komitmen lain.


AJK PIBG turut hadir memeriahkan majlis.


"Kuih dan muih beraneka macam...makanlah jangan hanya dipandang"


Gelagat murid sementara menunggu juadah disediakan dan diedarkan kepada mereka.


Murid-murid memilih kuih raya.


Guru-guru menikmati juadah raya yang disediakan.


Wakil dari PSKPP SKSM menyampaikan cenderahati kepada Encik Azaimi yang bertukar ke
SK Runchang.


Murid-murid mengucapkan tahniah kepada Encik Azaimi kerana telah dinaikkan pangkat menjadi GPK Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Runchang.

********** Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. **********

Dari Pekan hendak ke Runchang,
Singgah sebentar minum kopi.
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan kita buat lagi.

Tuesday, September 6, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

Assalamulaikum WBT, Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2011 (13-15 September) kepada semua pelajar Tahun 6, SK Sri Maulana. Semoga usaha anda selama ini membuahkan hasil yang cemerlang.

Tips Menghilangkan Rasa Gementar Dalam Peperiksaan

Di antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan perasaan bimbang dan takut di dalam menghadapi peperiksaan ialah :

1. Sembahyang lima waktu sehari semalam.
2. Membaca Surah al-Fatihah setiap hari.
3. Banyakkan bersalawat ke atas Nabi.
4. Banyakkan berdoa.

Selain itu, pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta ibu bapa pelajar hendaklah sentiasa membaca Surah Yasin dan menunaikan solat hajat dua rakaat memohon agar Allah SWT memudahkan serta memberi bantuan ketika menjalani peperiksaan.






Kami guru-guru, kakitangan dan seluruh warga SK Sri Maulana sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Adik-adik, Insya-Allah boleh!

Thursday, August 25, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Tarikh: 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432H
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Terbuka SKSM
Masa: 9.00 pagi - 10.30 pagi
Peserta: Murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas Integrasi


Murid dan guru mengambil tempat di pentas.



Bacaan surah dipimpin oleh ustaz Fareed.


Hadirin turut sama mengikuti bacaan surah melalui buku program yang disediakan.


Murid memperdengarkan bacaan surah.


Ustaz Fareed menyampaikan tazkirah.


Penyampaian cenderahati kepada peserta yang mengambil bahagian.


Semua peserta bergambar setelah selesai majlis.

Monday, August 1, 2011

PROGRAM LINUS 2011



LINUS (LI = Literasi atau bahasa, NUS = Numerasi atau Nombor).

Secara umumnya, dalam dasar NKRA (National Key Result Area / Bidang Keberhasilan Utama Negara), ada enam teras yang utama iaitu :

  1. Mengurangkan kadar jenayah
  2. Membanteras rasuah
  3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  4. Meningkatkan standard keluarga berpendapatan rendah
  5. Meningkatkan infrastruktur di kawasan pedalaman
  6. Menambah baik pengangkutan di kawasan bandar

NKRA dalam bidang pendidikan disenaraikan dalam ‘ranking’ yang ketiga. Salah satu programnya adalah LINUS. Program LINUS adalah salah satu perkara yang dipandang serius oleh Perdana Menteri kerana ramai murid-murid tahun 1 yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira. Atas dasar itulah satu program (LINUS) telah dibentuk bagi tujuan mengatasi masalah ini.

Program LINUS ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu :

  • LITERASI
  • NUMERASI

LITERASI

  • Bahagian ini memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis.
  • Objektif pengajaran litarasi ini adalah seperti yang berikut :
  1. Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung,’dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI

  • Bahagian ini memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek mengira.
  • Objektif pengajaran numerasi ini adalah seperti yang berikut :
  1. Keupayaan untuk melakukan operasi asas Matematik dan memahami idea Matematik serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan harian.

Berikut adalah keputusan ujian saringan LINUS bagi murid-murid tahun 1 sesi 2011.


Guru-guru telah dan akan berusaha lebih gigih untuk memastikan baki murid-murid yang masih belum lulus saringan LINUS akan lulus pada akhir saringan ketiga. Pelbagai program dan kaedah dijalankan untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selewat-lewatnya selepas tahap 1.

Usaha Tangga Kejayaan!

Monday, July 25, 2011

PERCUBAAN UPSR 2011


Peperiksaan Percubaan UPSR telah dijalankan pada 19-21 Julai 2011. Seramai 41 orang calon terlibat dalam peperiksaan tahun ini. Seramai 10 murid telah mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A. Manakala 6 murid mendapat 4A 1B dan 2 murid mendapat 3A 2B.

Pihak sekolah berbangga kerana SK Sri Maulana mendapat tempat ke-5 dalam senarai ranking sekolah-sekolah daerah Pekan dalam Percubaan UPSR. Semoga keputusan cemerlang ini akan dikekalkan dan dipertingkatkan dalam peperiksaan UPSR nanti.

Berikut adalah ringkasan keputusan dan calon-calon cemerlang UPSR 2011.






Friday, July 15, 2011

PROGRAM TERAPI PASIR (PENDIDIKAN KHAS)

Pada 13 Julai 2011, seramai 35 orang murid dan 10 guru Pendidikan Khas bersama-sama menjalani aktiviti Terapi Pasir di Pantai Sepat, Kuantan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membina istana pasir dan menghasilkan kolaj. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru.

Terapi pasir merupakan satu bentuk latihan yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.

Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks.Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.


Cikgu Mahadi memberi taklimat berkaitan keselamatan sebelum memulakan aktiviti.


Murid-murid berjalan menuju ke kawasan pantai.


Murid melakukan terapi lokomotor halus dengan bermain pasir pantai yang halus.


Regangan tangan sebelum memulakan aktiviti membina istana pasir.


Murid sedang tekun membina istana pasir menggunakan pelbagai peralatan yang dibawa.






Istana pasir yang dihasilkan oleh murid-murid mengikut kumpulan masing-masing.


Kita makan dulu!


Murid sedang bekerjasama menghasilkan kolaj menggunakan bahan-bahan
yang terdapat di sekitar pantai.



Kolaj yang dihasilkan oleh murid-murid mengikut kumpulan dan kreativiti masing-masing.




Murid bergambar dengan kolaj yang dihasilkan.


Penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana