Wednesday, August 4, 2010

LAWATAN DARI WARGA PENDIDIKAN KHAS SK SEKARA, MARAN

Pada 28 Julai yang lalu, SK Sri Maulana sekali lagi menerima pelawat dari luar. Kali ni, warga Pendidikan Khas Integrasi (PKI) SK Sekara, Maran menjadi tetamu kami. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melawat projek-projek di SK Sri Maulana. Warga PKI SK Sekara yang menyertai lawatan ini terdiri daripada 5 orang guru, 2 pembantu pengurusan murid dan 8 orang murid.
Selamat datang ke SK Sri Maulana.


Puan Aini Diana sedang menuang minuman panas ke dalam gelas untuk dihidangkan kepada warga SK Sekara.


Menikmati minum pagi.


Ternakan itik penelur yang dikendalikan oleh Cikgu Iskandar turut mendapat perhatian.


Murid-murid SK Sekara begitu teruja melihat ikan ternakan yang terdapat dalam kolam ikan.
Guru-guru SK Sekara pula kagum dan mengucapkan tahniah di atas kerjasama guru-guru SK Sri Maulana kerana berjaya menyiapkan sendiri pondok ini.

Kami sokong Gagasan 1Malaysia !

Walaupun cuaca agak panas, warga SK Sekara tetap bersemangat melawat persekitaran SK Sri Maulana yang bersih dan ceria.

GPK1 sedang memberi info berkaitan barang-barang antik yang terdapat di Sudut Warisan.

Lawatan ke bengkel batik canting.

Puan Aini Diana sedang memberi penerangan berkaitan lilin yang digunakan dalam pembuatan batik canting.

Melawat ke kelas pendidikan khas yang ceria.

Ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis.

Warga SK Sekara bersedia mendengar penerangan setelah selesai menonton tayangan video SK Sri Maulana.

Encik Zely sedang memberi penerangan berkaitan sejarah dan projek-projek pendidikan khas SK Sri Maulana.

Penyelaras PKI SK Sekara sedang memberi ucapan ringkas. Beliau kagum dengan persekitaran yang ceria dan kejayaan projek-projek yang terdapat di SK Sri Maulana.


Pertukaran cenderahati antara SK Sri Maulana dan SK Sekara.

GPK1 menyampaikan cenderahati kepada murid-murid PKI SK Sekara.

Guru-guru SKSM mengucapkan terima kasih & selamat jalan kepada warga PKI SK Sekara yang sudi melawat sekolah ini.
Dari Pekan hendak ke Runchang,
Singgah minum di waktu pagi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana