Thursday, October 28, 2010

PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KITCHEN GARDEN & EDIBLE LANDSCAPE PERINGKAT KEBANGSAAN

SK Sri Maulana telah sekali lagi menjadi johan Pertandingan Kitchen Garden / Edible Landscape peringkat negeri Pahang dalam kategori sekolah rendah. Sehubungan itu, SK Sri Maulana mewakili negeri Pahang dalam pertandingan tersebut ke peringkat kebangsaan.
Pada 27 Oktober 2010, para juri pertandingan ini telah hadir untuk membuat penilaian.
Para juri terdiri daripada gabungan pegawai Jabatan Lanskap Negara, Jabatan Pertanian, FAMA dan Majlis Perbandaran Selayang. Mereka bertanggungjawab membuat penilaian dan memberi markah terhadap komponen kitchen garden & edible landscape yang terdapat di sekolah ini.
Pihak sekolah menaruh harapan tinggi untuk sekali lagi menjadi Johan Pertandingan Kitchen Garden / Edible Landscape peringkat kebangsaan pada tahun ini. Berkat usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, kami yakin kami boleh!


Ketibaan para juri dan tetamu.



Guru menyediakan minuman untuk menyambut ketibaan juri dan tetamu.


Pengarah FAMA Pahang menunjukkan bakat memesin tebu.


Tanaman padi di tepi bangunan sudah mula menguning.


Guru besar memberi taklimat kepada para juri berkaitan projek 'kitchen garden / edible landscape' di SK Sri Maulana.

Teratak yang dibina sendiri oleh guru-guru bersebelahan kolam ikan.


Juri memancing ikan patin & tilapia dalam kolam ternakan.

Para juri melihat spesies tanaman di taman herba.


Kolam ternakan ikan kerai dan lanskap tanaman.

Pondok info Projek Bumi Hijau.


Aquaria yang menempatkan ikan hiasan yang berasal dari Sungai Pahang.


Melihat tanaman tomato dan jagung.

Mari kita mencanting batik.


Juri menunjukkan bakat mewarnakan batik.


Ketua juri bersama guru besar sedang melihat projek tanaman sawah padi.


Para juri dan tetamu bersedia untuk menikmati makan tengahari.

Para juri menerima cenderahati buah-buahan hasil tanaman di SKSM sebagai kenang-kenangan.

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana