Wednesday, March 23, 2011

KURSUS ASAS PEMIMPIN KECIL SESI 2011


Kursus Asas Pemimpin Kecil sesi 2011 diadakan pada 23 Mac bertempat di dewan terbuka SK Sri Maulana. Program ini dijalankan oleh Badan Disiplin & Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKSM. Para peserta terdiri dari pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Objektif utama kursus ini ialah untuk mendedahkan kepada pemimpin kecil di sekolah ini berkaitan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Peserta juga didedahkan dengan cabaran yang mereka akan lalui sebagai pemimpin.


Kursus Asas Pemimpin Kecil dimulakan tepat pada jam 2.45 petang.


Seorang pemimpin kecil yang bertuah diberi peluang mengendalikan salah satu acara.


Guru Kaunseling, Encik Hanafi mengendalikan slot
'Pemimpin Kecil - Cabaran & Tanggungjawab"


Para peserta turut diuji kemahiran pengucapan awam.


Para peserta bersemangat menyanyikan lagu patriotik.


Ketua kelas (memakai vest) dan pengawas pusat sumber turut menyertai kursus ini.


Kami yakin kami boleh menjadi pemimpin kecil yang baik!


Murid bersalaman sesama sendiri setelah selesai program yang dijalankan

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana