Konsep
1.Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasishi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap ,mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar.
2.Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
3. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan masyarakat.
Objektif
1.Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2.Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.Menyedari bahawa setiap ,murid adalah aset kepada sekolah.
4.Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Guru-guru menonjolkan kasih sayang terhadap murid dengan cara menunggu dan menyambut kehadiran murid seawal 6.45 pagi.
Guru Besar, Puan Hjh. Fauziah memberi cenderahati (penanda buku) kepada murid yang hadir ke sekolah.
Murid begitu bersemangat menyertai Senamrobik 1Malaysia yang dikendalikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan.
Guru Besar, Puan Hjh Fauziah menyampaikan ucapan perasmian Program Guru Penyayang peringkat sekolah.
Guru memberi peringatan kepada murid berkaitan keselamatan semasa menunggang basikal balik dari sekolah.





