Pada 21hb. Januari 2013 yang lalu, satu Majlis Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2013 telah diadakan di SK Sri Maulana. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya En. Ibrahim bin Awang Ismail selaku wakil Kerajaan Persekutuan telah sudi hadir untuk menyampaikan peruntukan tersebut kepada ibu bapa yang hadir. Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah Pn. Hjh. Fauziah binti Hj Samsudin (Guru Besar). Pemimpin masyarakat setempat turut sama hadir iaitu Tn. Hj. Yusoff bin Idrus (Ketua Kampung Pulau Jawa), Tn. Hj. Mohd Rapi bin Abd Rafar (Ketua Kampung Kelat Rendang) dan Tn. Hj. Abdul Jamil bin Hassan (Ketua Kampung Pulau Tambun) .
Majlis dimulakan jam 2.30 petang bertempat di dewan terbuka sekolah dan berjalan dengan baik. Sesungguhnya bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibu bapa dalam menanggung kos persekolahan anak-anak mereka. Ibu bapa yang hadir menyatakan kesyukuran dan terima kasih kepada kerajaan pusat dan berharap bantuan persekolahan ini akan diteruskan lagi pada tahun akan datang.
Jangan dibuang syiling lama,
Buat belanja di kedai nyonya,
Bantuan persekolahan telah diterima,
Harap gunakan dengan sebaiknya.