Saturday, September 15, 2012

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012

 Jamuan Haya Aidilfitri telah diadakan pada tanggal 14 September 2012 bertempat di dataran perhimpunan dan dewan terbuka SK Sri Maulana. Jamuan kali ini diadakan lewat iaitu selepas murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR.


 Guru Besar dan barisan guru lelaki SK Sri Maulana.


Guru-guru cantik bergaya dengan baju raya masing-masing.


Geng baju raya bertemakan warna kelabu.


Beraneka jenih kuih yang dibawa oleh murid-murid sedia untuk dinikmati.


Murid beratur mengambil minuman yang disediakan.


Makan jangan tak makan....


Yang DiPertua PIBG (berbaju putih) dan beberapa AJK PIBG turut hadir menikmati jamuan hari raya.


Juadah yang amat menyelerakan.


Persembahan nyanyian lagu raya daripada murid-murid Tahun 4.


Pergi ke Pekan di malam hari,
Pergi membeli sayur dan ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (Ikhlas daripada seluruh warga SK Sri Maulana)



Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

 Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.

 Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.



Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA


Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui pembabitan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada hari Selasa, 10 Julai 2012. SK Sri Maulana turut tidak ketinggalan menyertai program ini yang diadakan di dataran perhimpunan.

Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara bermula pada pukul 8.00 pagi. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah. 

Pada majlis pelancaran program Senamrobik 1Murid 1Sukan peringakt sekolah, satu gimik pelancaran diadakan iaitu hantaran bola dan menjaringkan gol bola jaring dilakukan oleh guru besar, Puan Hajah Fauziah binti Hj Samsudin. 


Banner acara.


 Ucapan guru besar, Puan Hajah Fauziah binti Hj Samsudin.



Gimik pelancaran dengan melakukan hantaran dan menjaringkan gol bola jaring.


Jurulatih senamrobik memberi arahan memulakan acara senamrobik.


Murid kelihatan bersemangat melakukan senamrobik.


Seluruh warga SKSM menyertai acara senamrobik di pagi yang indah dan damai.


 Juruteknik komputer, Encik Khair turut tidak ketinggalan menyertai senamrobik.


Gelagat murid sewaktu melakukan senamrobik.


Penyampaian cenderahati kepada jurulatih senamrobik.









Friday, June 29, 2012

PROJEK PEND. KHAS INTEGRASI - MEMBUAT JERUK & TELUR MASIN

Projek membuat telur masin dan jeruk buah-buahan ini merupakan salah satu amali dalam subjek Sains & Alam Sekitar. Guru yang bertanggungjawab mengendalikan projek ini ialah Encik Zely. Projek ini termasuk dalam topik Pengawetan Makanan. Sebahagian daripada buah-buahan yang dibuat jeruk diperolehi daripada pokok buah-buahan yang ditanam di sekitar kawasan sekolah ini.


Murid mengupas kulit buah-buahan.


Memotong buah-buahan menjadi kepingan kecil.


Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat jeruk buah-buahan.


Membancuh larutan air gula.


Menambahkan sedikit cuka ke dalam larutan gula dan buah.


Jeruk-jeruk disimpan dalam bekas yang ditutup rapat.


Jeruk buah-buahan dan telur masin yang dihasilkan oleh murid-murid.

Wednesday, May 16, 2012

SAMBUTAN HARI GURU

 Tarikh: 16 Mei 2012
Tempat: Dewan Terbuka & Dataran Perhimpunan SKSM
Masa: 8.00pagi - 12.30 tengahari
Tema: Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara

Pengisian:
                                         1. Ucapan Guru Besar
                                         2. Bacaan perutusan Hari Guru 2012
                                         3. Nyanyian & Ikrar oleh guru-guru
                                         4. Persembahan nyanyian & lakonan 
                                         5. Anugerah Guru Paling Bergaya
                                         6. Penyampaian cenderahati & pertukaran hadiah
                                         7. Jamuan makan tengahari


Ucapan daripada Guru Besar, Puan Hajah Fauziah binti Haji Samsudin.


Hadiah-hadiah yang akan diberi kepada guru-guru dan kakitangan dalam acara pertukaran hadiah.


Acara sukaneka yang melibatkan guru-guru dan murid-murid.


Acara rebut kerusi yang dimenangi oleh Puan Aini Norbaya.


Persembahan oleh murid-murid tahap 1.


Persembahan lakonan oleh murid-murid tahun 6.


Penerima hadiah Anugarah Guru Paling Bergaya tahun 2012.


Acara pertukaran hadiah.


Guru-guru bersama hadiah yang diterima dalam sesi pertukaran hadiah sesama guru-guru dan kakitangan.


Guru-guru wanita bergambar kenangan.









Monday, May 14, 2012

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS

Seramai 38 orang murid dan guru-guru SK Sri Maulana telah menyertai lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands. Lawatan ini diadakan selama 2 hari 1 malam (12-13 Mei 2012). Perjalanan ke Cameron Highlands menaiki bas melalui jalan baharu Sg Koyan - Cameron Highlands mengambil masa 6 jam. Tempat-tempat menarik yang telah dilawati ialah:

                 1. Ladang Teh Bharat (Bharat Tea Plantation)
                 2. Taman Agroteknologi MARDI
                 3. Pasar Malam Brinchang
                 4. Ladang strawberi
                 5. Pasar Kea Farm
                 6. Cactus Point
                 7. Honey Bee Farm (Taman Lebah Madu)


 Ladang Teh Bharat.




Taman Agroteknologi MARDI.




 Antara tanaman yang terdapat di Taman Agroteknologi Mardi - Epal, kobis, tomato & salad.




Memetik strawberi di EQ Strawberi Farm.




 Suasana pagi yang sejuk dan nyaman di ladang strawberi.




Bergambar kenangan bersama replika lebah di Honey Bee Farm.




Pusat jualan cenderahati. Imej dan replika strawberi yang sinonim dengan Cameron Highlands berada di mana-mana.




Membeli-belah di pusat jualan atau pasar pagi Kea Farm.




 Variasi kaktus yang terdapat di Cactus Point.


Wednesday, April 4, 2012

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Program Guru Penyayang adalah program yang bertujuan supaya guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Konsep

1.Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasishi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap ,mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar.

2.Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

3. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan masyarakat.


Objektif

1.Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

2.Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

3.Menyedari bahawa setiap ,murid adalah aset kepada sekolah.

4.Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.



Guru-guru menonjolkan kasih sayang terhadap murid dengan cara menunggu dan menyambut kehadiran murid seawal 6.45 pagi.


Guru Besar, Puan Hjh. Fauziah memberi cenderahati (penanda buku) kepada murid yang hadir ke sekolah.



Guru-guru beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir.


Kehadiran murid ke sekolah dialu-alukan oleh guru-guru yang menunggu di pintu pagar.


Murid begitu bersemangat menyertai Senamrobik 1Malaysia yang dikendalikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan.


Guru-guru turut menyertai acara Senamrobik 1Malaysia.


Guru Besar, Puan Hjh Fauziah menyampaikan ucapan perasmian Program Guru Penyayang peringkat sekolah.


Murid diberi minum minuman susu 1Malaysia.


Guru memberi peringatan kepada murid berkaitan keselamatan semasa menunggang basikal balik dari sekolah.



Guru-guru beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.


Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana