Wednesday, March 31, 2010

MINGGU ANTI DADAH SK SRI MAULANA 2010

Pameran sampel jenis-jenis dadah oleh AADK.


Ceramah anti-dadah oleh pegawai AADK


Pertandingan melukis poster anti-dadah.


Sudut pameran


1 April 2010 merupakan kemuncak Minggu Anti Dadah SK Sri Maulana 2010. Seperti yang diketahui umum, kesedaran tentang bahaya dadah perlu dipupuk di bangku sekolah lagi. Pihak sekolah telah menjemput pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Pekan untuk mengendalikan pameran dan ceramah. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu ini. Antaranya ialah:

1. Ceramah Anti Dadah oleh pegawai AADK
2. Pertandingan Mewarna & Melukis Poster
3. Pameran Anti Dadah
4. Tayangan video
5. Nyanyian lagu anti dadah
6. Lawatan ke Bilik PPDa

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana