Tuesday, March 30, 2010

PROJEK BUMI HIJAU SK SRI MAULANA



Projek Bumi Hijau SK Sri Maulana merupakan cetusan idea Guru Besar, Encik Basri bin Mohd Zahiri. Projek ini bermula pada Januari 2008 dan berterusan hingga hari ini. Terdapat 3 komponen utama dalam Bumi Hijau iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur. Amalan bercucuk-tanam yang digalakkan lebih berkonsepkan laman dapur (edible garden) iaitu menekankan konsep pengeluaran makanan untuk kegunaan sendiri sahaja.

Bagi komponen tanaman, pihak sekolah digalakkan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Komponen ternakan pula melibatkan ternakan seperti ayam, itik, arnab, burung puyuh dan sebagainya. Manakala komponen akuakultur melibatkan pemeliharaan ikan dalam kolam seperti keli, haruan, tilapia dan sebagainya. Ketiga-tiga komponen ini terdapat dalam Projek Bumi Hijau SK Sri Maulana. Projek Bumi Hijau ini menjadikan sekolah ini dikenali sebagai ‘Sekolah Dalam Kebun’.
Pelaksanaan Projek Bumi Hijau ini dilakukan oleh guru, kakitangan dan murid di sekolah ini secara gotong-royong. Selain itu, pihak luar turut memberikan kerjasama yang baik seperti Persatuan Bekas Pelajar, Persatuan Ibu bapa & Guru (PIBG), Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana