Pergi ke kedai membeli berus,
Singgah sebentar makan kuaci,
Sungguh enak ubi rebus,
Sebelum direbus perlu dicuci.
Kaum ibu sibuk menyediakan makanan dan minuman untuk
peserta gotong-royong.
Cikgu Hanafi sedang membersihkan lantai koridor kelas
Pendidikan Khas.
Membersihkan semak-samun di kawasan luar pagar sekolah menggunakan jentolak.
Sungguh subur pokok padi,
Jangan disangka ianya lalang,
Tanah yang keras kita gali,
Untuk tanam pokok pisang.
YDP PIBG (berbaju putih) turut hadir menyertai gotong-royong.
Bapa & penjaga murid membersihkan kawasan sekitar rumah pam air.
Memungut hasil tanaman (serai).
GPK HEM, Cikgu Rosbi sedang menanam pokok limau bali.
Semoga pokok cepat berbuah.
Menggali lubang untuk tanam pokok buah-buahan.
Mengukur saiz bingkai pintu pagar.
Guru-guru sedang tekun membuat bingkai pintu pagar.
Pintu pagar teratak & kolam ikan sudah hampir siap.
(Terima kasih kepada ketua projek, Ustaz Fareed dan rakan-rakan)
Tahniah kepada ustaz & the gang kerana berjaya menyiapkan teratak di tepi kolam.
ReplyDelete