Pada 5 Mei 2010 yang lalu, SK Sri Maulana telah menerima lawatan dari guru-guru dan murid-murid Pendidikan Khas Integrasi (PKI) SK Kem Terendak II, Melaka. Rombongan tersebut adalah seramai 40 orang (sebuah bas). Guru-guru dan murid-murid PKI SK Kem Terendak II begitu kagum dan teruja melihat pemandangan dan suasana di SK Sri Maulana.
Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk mereka yang datang jauh dari Melaka ini. Antaranya ialah:
1) Tayangan video SK Sri Maulana
2) Penerangan berkaitan aktiviti dan pencapaian SKSM
3) Lawatan ke tapak projek PKI di sekeliling kawasan sekolah:
- Tanaman pokok buah-buahan
- Kolam ternakan ikan patin
- Ternakan itik penelur
- Tapak tanaman sayur-sayuran
- Aquaria (Ikan Hiasan dari Sungai Pahang)
4) Aktiviti mencanting dan mewarnakan batik
5) Persembahan dari murid PKI, pasukan tarian dan koir SKSM
6) Jamuan makan tengahari ala-ala kampung
(Nasi putih, gulai lemak telur itik, ayam goreng rempah, ulam-ulaman)
Cikgu Shuhaidi mengiringi murid mengutip telur itik.
No comments:
Post a Comment