Monday, July 25, 2011

PERCUBAAN UPSR 2011


Peperiksaan Percubaan UPSR telah dijalankan pada 19-21 Julai 2011. Seramai 41 orang calon terlibat dalam peperiksaan tahun ini. Seramai 10 murid telah mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A. Manakala 6 murid mendapat 4A 1B dan 2 murid mendapat 3A 2B.

Pihak sekolah berbangga kerana SK Sri Maulana mendapat tempat ke-5 dalam senarai ranking sekolah-sekolah daerah Pekan dalam Percubaan UPSR. Semoga keputusan cemerlang ini akan dikekalkan dan dipertingkatkan dalam peperiksaan UPSR nanti.

Berikut adalah ringkasan keputusan dan calon-calon cemerlang UPSR 2011.






1 comment:

  1. Tahniah ya adik2....semoga kalian lagi cemerlang pada exam UPSR yg akan datang....

    ReplyDelete

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana