Monday, August 1, 2011

PROGRAM LINUS 2011



LINUS (LI = Literasi atau bahasa, NUS = Numerasi atau Nombor).

Secara umumnya, dalam dasar NKRA (National Key Result Area / Bidang Keberhasilan Utama Negara), ada enam teras yang utama iaitu :

  1. Mengurangkan kadar jenayah
  2. Membanteras rasuah
  3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  4. Meningkatkan standard keluarga berpendapatan rendah
  5. Meningkatkan infrastruktur di kawasan pedalaman
  6. Menambah baik pengangkutan di kawasan bandar

NKRA dalam bidang pendidikan disenaraikan dalam ‘ranking’ yang ketiga. Salah satu programnya adalah LINUS. Program LINUS adalah salah satu perkara yang dipandang serius oleh Perdana Menteri kerana ramai murid-murid tahun 1 yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira. Atas dasar itulah satu program (LINUS) telah dibentuk bagi tujuan mengatasi masalah ini.

Program LINUS ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu :

  • LITERASI
  • NUMERASI

LITERASI

  • Bahagian ini memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis.
  • Objektif pengajaran litarasi ini adalah seperti yang berikut :
  1. Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung,’dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI

  • Bahagian ini memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek mengira.
  • Objektif pengajaran numerasi ini adalah seperti yang berikut :
  1. Keupayaan untuk melakukan operasi asas Matematik dan memahami idea Matematik serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan harian.

Berikut adalah keputusan ujian saringan LINUS bagi murid-murid tahun 1 sesi 2011.


Guru-guru telah dan akan berusaha lebih gigih untuk memastikan baki murid-murid yang masih belum lulus saringan LINUS akan lulus pada akhir saringan ketiga. Pelbagai program dan kaedah dijalankan untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selewat-lewatnya selepas tahap 1.

Usaha Tangga Kejayaan!

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana