
Pendaftaran nama murid dan ibu bapa yang hadir.

GPK1, Ustaz Wahed dan GPK HEM, En. Rosbi sedang meneliti dokumen pendaftaran.

Guru Besar menyampaikan ucapan.

Guru Besar memperkenalkan uniform dan t-shirt sukan terbaru yang akan digunakan oleh murid-murid pada tahun ini. Di bahagian belakang t-shirt ini terpapar alamat laman blog SK Sri Maulana (http://sksrimaulana.blogspot.com).

Tn. Syed Mohamad (YDP PIBG) mewakili ibu bapa menyerahkan murid-murid baru (secara simbolik) kepada Guru Besar, En. Basri.

Guru-guru bertugas mengendalikan kaunter kutipan bayaran persekolahan mengikut kelas.

Ibu bapa membuat pembayaran bagi persekolahan sesi 2011.

Macam-macam gelagat murid baru dapat kita perhatikan.

Murid-murid baru ini kelihatan begitu bersemangat dengan menggalas beg sekolah.

Bendahari Pendidikan Khas sedang menulis resit bayaran tambahan persekolahan.

Suasana di dalam kelas pra-sekolah.

Kenapa menangis tu adik?

Puan Zainab (pembantu pengurusan murid) menghiburkan murid-murid pra-sekolah dengan permainan 'puppet'.

Murid dan ibu bapa beramah-mesra dengan guru.

Suasana dalam kelas tahun 1 .

GPK HEM, En. Rosbi sedang mempengerusikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa / Penjaga Murid Pra-Sekolah (Pewaris) bagi sesi 2011. Turut kelihatan, En.Amiruddin (guru pra-sekolah).

Ibu bapa & penjaga murid pra-sekolah sedang bermesyuarat berkaitan program pra-sekolah
SK Sri Maulana tahun 2011.
No comments:
Post a Comment