Saturday, January 22, 2011

SUDUT WARISAN SK SRI MAULANA

Masyarakat Melayu dahulu terkenal dengan alatan tradisional yang diwarisi turun-temurun. Berbagai-bagai alatan tradisional dicipta untuk kegunaan harian. Seiring dengan peredaran zaman, alatan tradisional ini digantikan dengan alatan moden yang lebih canggih.
Walau bagaimanapun, alatan tradisional juga perlu dipelihara untuk tatapan generasi kini. Pihak sekolah mengambil inisiatif mewujudkan Sudut Warisan untuk memaparkan beberapa alatan tradisional yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Usaha ini bertujuan membolehkan generasi kini mengenali serba-sedikit alatan tradisional ini walaupun tidak berpeluang menggunakannya.
Alatan tradisional pilihan kami,
Ukiran, tenunan, anyaman pun ada,
Perkakasan dapur dipamerkan di sini,
Untuk menambah pengetahuan sedia ada.
________________
Kerjanya rumit bukannya mudah,
Zaman kegunaannya sudah berlalu,
Alatan tradisional seninya indah,
Menjadi kebanggaan masyarakat dahulu
________________
Lesung hindik lesung tangan,
Buatan kayu bukannya besi,
Warisan tradisional dilupa jangan,
Agar ia dapat diwarisi.
_________________
Selamat datang ke Sudut Warisan SKSM.

Pelbagai alatan dan barang antik yang dipamerkan.


Senarai nama Guru Besar SKSM dari dahulu hingga kini.


Koleksi tempayan.


Alatan mengemping padi.

Batu giling


Perahu.


Mesin getah

Lampu gasolin.

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana merupakan antara sekolah tertua di Pekan. Sekolah ini terletak dalam lingkungan 3 buah kampung tradisional iaitu Kg Pulau Jawa, Kg Pulau Tambun dan Kampung Kelat Rendang. Sepanjang pembukaan, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak 3 kali. 1908 : Sekolah Pekan Seberang 1950 : Sekolah Melayu Pulau Jawa 1975 : Sekolah Kebangsaan Sri Maulana